Sunday, June 8, 2014

Syurga dan Neraka di Dunia Akhir Zaman

Dunia Akhir Zaman ini umpama Syurga kepada Manusia Jahil dan merupakan saat yang sukar umpama Neraka kepada manusia yang berpegang teguh pada Islam, Al Quran dan Sunnah

Dunia Akhir Zaman ini umpama Syurga kepada Manusia Jahil dan merupakan saat yang sukar umpama Neraka kepada manusia yang berpegang teguh pada Islam, Al Quran dan Sunnah. Syurga dan Neraka di Dunia Akhir Zaman. Kefasikan Berleluasa, malah Dosa-dosa yang sewaktu dulunya mustahil mulai terasa biasa saja di akhir-akhir ini. Ada yang menganggap ia Kejayaan Negara dan dimegah-megah ke seluruh dunia. Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda
Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia
—HR Muslim

Golongan Jahil yang Sentiasa Menang

Akhlak menuding jari yang dilarang Allah sepertimana dalam surah Al-Hujurat ayat 6 hari ini telah menjadi jadi tabiat dan amalan kita sehari-hari. Sentiasa menyalahkan orang lain, seakan dirinya tiada langsung kelemahan. Merekalah yang sentiasa Benar di Akhir Zaman mereka menjadi Golongan Yang Sentiasa Menang. Daripada Mughirah bin Syu'bah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda
Sentiasa di kalangan umatku ada golongan yang sentiasa menang (dalam perjuangan mereka), sehingga sampailah pada suatu waktu yang dikehendaki Allah SWT. Mereka senantiasa menang.
—HR Bukhari

Rasa bongkak dan diri dirasakan sentiasa betul hingga tak boleh ditegur langsung. Jika ada yang menegur dikatakan jahil, yang tak menegur itulah saudaranya yang benar, saudaranya yang diam seribu bahasa dan bodoh.

Era Kelemahan Hati Insan dan Iman Manusia Diuji

Lengkapkan diri dan bersedialah. Kerana Dunia akhir Zaman ini sememangnya dijanjikan oleh Allah Yang Satu. Era Kelemahan Hati Insan dan Iman Manusia Diuji. Bencana demi bencana yang sebenarnya berpunca dari tangan manusia silih berganti. Bencana yang datang sebab keegoan sendiri. Manusia yang Tamak dan Rakus dengan kuasa, harta, wang dan kedudukan. Wallahu’alam bissawab

Entri oleh Hootoh

Share this

0 Comment to "Syurga dan Neraka di Dunia Akhir Zaman"

Post a Comment