Wednesday, August 13, 2014

PAS akan keluar jika Umno dilantik exco

PAS akan keluar jika Umno dilantik exco adalah entri ulangsiar dari sesawang Indah. Belohog Kata Kunci Ayat Sebaris berkongsi informasi terkini, maklumat semasa dan coretan umum untuk blog reader di Malaysia. Semoga PAS akan keluar jika Umno dilantik exco sama ada tersurat atau tersirat dapat memberi nilai-nilai yang menjadikan kehidupan lebih baik dari sebelummnya. Sekiranya perlu, boleh kongsikan/sebarkan entri PAS akan keluar jika Umno dilantik exco ini di laman sosial. Wallahu'alam bissawab.


PAS akan keluar jika Umno dilantik exco



13 Aug 2014




Exco PAS Sallehen Mukhyi berkata, beliau serta tiga lagi anggota exco dari parti itu akan meletak jawatan sekiranya Tan Sri Khalid Ibrahim melantik anggota exco baru dari parti Umno.



Tambahnya, soal untuk memilih exco daripada Umno tidak timbul memandangkan parti itu merupakan pembangkang di Selangor.



"Soal Umno tak timbul. Tidak akan ada dalam kerajaan. Tak ada Umno. Tidak akan jadi kalau Umno ada dalam exco. PAS akan keluar.



"Umno tidak ada dalam senarai ini. Dia bukan kerajaan dan dia adalah pembangkang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.



Semalam kesemua exco daripada PKR dan DAP dipecat oleh Khalid kerana tidak bersetuju bersama pasukannya mentadbir negeri Selangor.



Khalid menghantar surat pemecatan kepada lima exconya, tiga daripada DAP dan dua daripada PKR. Beliau bagaimanapun belum menulis surat kepada Rodziah Ismail kerana berada di luar negeri.



Bagaimanapun kesemua exco tersebut tetap datang bertugas hari ini selepas merasakan pemecatan mereka tidak sah.



Dilaporkan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menepis khabar angin ADUN Umno Selangor dan PAS akan berpakat memberi sokongan majoriti ahli dewan negeri kepada Khalid.



Sementara Timbalan Pengerusi Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pula berkata BN menyokong Khalid dikekalkan sebagai menteri besar tanpa syarat dan ikhlas.

Malaysiakini


PAS akan keluar jika Umno dilantik exco adalah Entri ulangsiar dari sesawang indah. Credit dan Penghargaan kepada Indah iaitu penulis/pemilik asalnya. All due respect dan Trimas kerana menghargai laman Sesawang Belohog.

Share this

0 Comment to "PAS akan keluar jika Umno dilantik exco"

Post a Comment